ARTIKEL

Anggota BBP Bintulu membantu menghantar bantuan makanan kepada penduduk terjejas di Rumah Lawang, Jalan Ulu Sebauh dan Kampung Muslim Segan, Jalan Ulu Segan.

JBPM Sarawak hantar bantuan makanan ke Ulu Sebauh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak hari ini melaksanakan khidmat khas menghantar bantuan bekalan makanan ke beberapa kawasan di Jalan Ulu Sebauh di sini, melibatkan penduduk rumah panjang dan kampung yang terjejas.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Negeri Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi tersebut dijalankan hasil kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar bantuan dapat disalurkan kepada penduduk yang memerlukan.

Sebanyak 32 pek makanan seperti beras seberat 320 kilogram dan barang makanan kering seberat 224 kilogram, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak 544 kilogram berjaya dihantar.

“Pengagihan bantuan melibatkan dua lokasi utama iaitu Rumah Lawang, Jalan Ulu Sebauh dan Kampung Muslim Segan, Jalan Ulu Segan.

“Bekalan dibawa menggunakan lori sebelum dipunggah ke dalam bot dan dihantar ke kawasan rumah panjang,” menurut PGO JBPM Sarawak.

Operasi dikendalikan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dengan menggunakan sebuah lori Hicom dan sebuah bot aluminium diketuai Komander Operasi, PBK II (TBBK I) Gary Alrisen Julen, manakala PPgB Francis Aceh Angai bertindak sebagai Pegawai Operasi Zon di lokasi kejadian.a

PGO JBPM Sarawak turut memaklumkan bahawa selain pengagihan bantuan makanan, pihak bomba juga menjalankan bantuan ehsan dengan menghantar sebuah keranda ke Rumah Philip Bagong yang terletak berhampiran kawasan pengagihan bantuan

“Keadaan cuaca dilaporkan baik sepanjang operasi dijalankan dan trend air tidak menunjukkan peningkatan,” menurut kenyataan itu lagi.

JBPM Sarawak menegaskan komitmen berterusan pihaknya membantu masyarakat, khususnya di kawasan pedalaman dan terjejas melalui kerjasama strategik bersama agensi berkaitan.

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang