JUARA Liga Super 10 kali berturutturut, Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali merampas takhta kelab nombor satu Asia Tenggara selepas menewaskan Ulsan Hyundai, baru-baru ini.
Harimau Selatan meraih kemenangan kedua dalam Kumpulan I saingan Liga JuaraJuara Asia (ACL) apabila mengatasi gergasi Korea Selatan itu 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim.
Susulan dari kemenangan itu, skuad kendalian Esteban Solari kembali ke kedudukan teratas kelab Asia Tenggara mengatasi kelab Thailand, Buriram United dalam kemas kini terbaharu laman Opta Analyst.
Menurut laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu, JDT mengumpul 74.3 mata untuk berada di tangga 391 dunia.
Kedudukan itu turut menyaksikan JDT menjadi satu-satunya kelab dari Malaysia yang berada dalam kelompok 500 kelab terbaik dunia dengan Selangor di tangga ke1900 dan Terengganu 1947.
JDT menghuni tangga ke-22 di Asia di hadapan Buriram United (kedudukan ke-48), Melbourne City (36) dan BG Pathum United (121).
Untuk rekod, kelab milik Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu pernah berada di kedudukan teratas Asia Tenggara pada Ogos lalu apabila menghuni tangga 415 dunia






