Jejantas eskalator pertama

KUCHING: Jika anda pernah membeli-belah atau bersiar-siar di Pavillion Kuala Lumpur, pasti pernah menggunakan jejantas eskalator yang membawa anda terus ke pusat beli-belah.

Siapa sangka, di laman kita sendiri juga mempunyai jejantas eskalator yang tersendiri di Jalan Rock bersebelahan Hospital Timberland.

Sebelum pembinaan projek jejantas tersebut bermula, orang ramai menghadapi kesukaran melintas ke seberang.

Untuk pergi ke seberang, orang ramai perlu membuat pusingan di bulatan ataupun lampu isyarat.

Ada juga yang nekad melintasi jalan raya tiga laluan itu untuk ke seberang walaupun boleh membahayakan diri mereka.

Projek pembinaan jejantas bermula pada 26 Oktober 2017 itu dijangka siap dan dibuka kepada orang ramai sebelum hujung tahun ini.

Walaupun jejantas eskalator ini tidak panjang seperti yang terdapat di Bangkok, Thailand, namun akan memberi keselesaan dan memudahkan orang ramai untuk melintas Jalan Rock yang sesak dengan selamat.

Suara Sarawak