ARTIKEL

Rombongan PVRTM mengadakan Lawatan Muhibbah ke Kalimantan Barat

Jelajah bumi Kalbar dan terokai lokasi terkenal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 41 bekas pegawai kanan dan veteran ahli Persatuan Veteran RTM (PVRTM) dari Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur berlepas ke Kalimantan Barat (KALBAR) semalam.

Rombongan itu diketuai oleh Presiden PVRTM, Zoara Gani Bathusa dan Penasihat PVRTM merangkap Mantan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Norhyati Ismail.

Tujuan lawatan selama lima hari itu diadakan adalah sebagai wadah berlibur dan memberi ruang ahli-ahli PVRTM untuk mengenali dengan lebih mesra sesama ahli.

Selain itu, ia juga memberi peluang kepada ahlinya untuk menjelajah bumi Kalbar iaitu Sambas, Singkawang dan Pontianak melalui perjalanan darat selama lebih kurang lapan jam, selain meneroka lokasi terkenal di kawasan tersebut.

Sementara itu, rombongan juga dijadualkan melakukan Lawatan Muhibbah ke Radio Republik Indonesia (RRI), dan menyertai senam pagi bersama-sama warga RRI serta bersiaran di konti radio RRI.

Di samping itu, rombongan ini juga dijadualkan mengadakan lawatan ke Konsulat Malaysia di Pontianak.

Program lawatan ke Kalbar ini adalah yang kedua, selepas lawatan ke MEDIA CITY pada 5 hingga 8 Jun lalu

Sementara itu, rombongan PVRTM juga membuat kunjungan hormat kepada Pengarah dan lawatan ke RTM Kuching pada 19 November ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU