ARTIKEL

Hanifah menandatangani buku pelawat Klinik Kesihatan Nanga Baoh sempena Jelajah Kesihatan Borneo Siri 4 di Bahagian Mukah, hari ini.

Jelajah Kesihatan Borneo dekati komuniti pedalaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAT: Perjalanan kira-kira dua jam menyusuri Sungai Batang Oya menjadi sebahagian daripada usaha Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib meninjau sendiri cabaran penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat pedalaman.

LAWAT…. Hanifah bersama rombongan meninjau infrastruktur semasa jelajah kesihatan tersebut.

Lawatan kerja ke Klinik Kesihatan (KK) Nanga Baoh itu merupakan sebahagian daripada Jelajah Kesihatan Borneo (JKB) Siri 4 di Bahagian Mukah yang memberi tumpuan kepada keadaan fasiliti, keperluan petugas dan akses penduduk terhadap perkhidmatan kesihatan.

LAWAT…. Hanifah bersama rombongan meninjau infrastruktur semasa jelajah kesihatan tersebut.

Dalam lawatan itu, Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah menerima taklimat mengenai operasi KK Nanga Baoh yang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada sembilan rumah panjang utama, dengan majoriti penduduk terdiri daripada masyarakat Iban.

Taklimat turut meliputi operasi harian klinik, keadaan bangunan, kemudahan dan peralatan, keperluan tenaga kerja serta cabaran petugas dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

RAKAM KENANGAN…. Hanifah merakam kenangan bersama rombongan selepas jelajah tersebut.

Hanifah kemudian meninjau fasiliti, kemudahan dan kuarters petugas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai keperluan di lapangan.

Hasil tinjauan bersama rombongan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), beberapa isu yang memerlukan perhatian dan tindakan pihak berkaitan dikenal pasti.

Sebagai langkah segera, peruntukan RM5,000 disalurkan terus kepada KK Nanga Baoh bagi tujuan penambahbaikan infrastruktur dan keselamatan.

Lawatan itu turut memberi ruang kepada pihak kementerian mengenal pasti keperluan sebenar fasiliti kesihatan di kawasan pedalaman bagi memastikan masyarakat setempat terus mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan berterusan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU