Jelajah Lambaian Kaabah Andalusia di Miri hari ini dan esok

MIRI: Hari ini dan esok, 12 dan 13 Oktober berlangsung Jelajah Lambaian Kaabah Ke-15 dan Karnival Geng Masjid di Piasau, Miri bertempat di Masjid Darul Ehsan.

Hujung September lepas agensi pelancongan terkenal Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd mengadakan program serupa di Masjid an-Nur Sibu.

Pada program kali ini, hadirin turut berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah berupa pakej ibadah umrah, barangan elektrik serta hamper dan turut layak mendapat air zam-zam percuma.

Pada program anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd bersama-sama Masjid Darul Ehsan Miri, penganjur turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik antaranya Pertandingan Masterchef bertemakan “Masakan Malaysia”.

Selain itu diadakan pertandingan mewarna tahap 1 untuk kanak-kanak 4-7 tahun serta ka-tegori tahap 2 untuk kanak-kanak 8-12 tahun. Pertandingan lain ialah musical chair, pertan-dingan tiup belon, pertandingan gubahan kreatif, acara basikal lambat serta pertandingan azan kategori sekolah rendah dan kategori sekolah menengah.

Penganjur juga mengadakan forum perdana pada malam ini bertajuk “Kaabah Kiblatku” oleh ahli panel Ustaz Mohd Isselahuddin Kameri dan Ustaz Syed Kadir dimoderatorkan oleh Imam Muda Nazrul.

Turut berlangsung kursus umrah kendalian Ustaz Mohd Isselahuddin Kameri, selain Pameran Pakej Umrah serta Pameran Holiday Muslim.

Sepanjang program berlangsung turut diadakan tapak jualan menjual makanan pakaian serta persembahan artis jemputan.

Pengunjung juga boleh mendapatkan Diskaun Pakej Umrah serta air Zam-Zam percuma (selagi stok masih ada).

Pada program jelajah ini juga hadirin boleh mendaftar ibadah umrah dengan yuran RM50 sahaja, selain mendapat diskaun umrah.