ARTIKEL

Jelajah Sarawak bulan depan cari permata baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KETUA Pegawai Eksekutif Kuching City FC, Iswandi Ali Hassan berharap akan menemui ‘permata baharu’ sepanjang siri jelajah di enam bahagian mulai 8 Disember ini.

“Terdapat beberapa pemain dari luar Kuching bersama skuad Kuching beberapa musim lalu. “Kita yakin ada bakat baharu yang akan ditemui kelak,” ujar Iswandi.

Antaranya ialah adik-beradik, dari Bintulu iaitu Sahran Abdul Samat dan Samsu Alam Abdul Samat yang telah beberapa musim bersama pasukan itu.

ISWANDI… Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City FC.

“Kami akan terus mencari pemain baharu untuk diketengahkan musim depan,” kata Iswandi. Kuching City FC memulakansiri jelajah dengan menentang pasukan pilihan Sri Aman pada 8 Disember.

Ia disusuli aksi menentang pilihan Sarikei (10 Disember), Sibu (12 Disember), Mukah (15 Disember), Bintulu (18 Disember) dan Miri (21 Disember). Ia merupakan rangka persiapan awal Kuching City FC yang akan beraksi dalam Liga Premier 2021.

Mereka menduduki tangga keempat Liga Premier 2020 setelah melakar lima kemenangan dan satu seri. Malah mereka juga layak ke Piala Malaysia, Texas 1-0 kepada juara bertahan,

JDT dalam aksi kalah mati di Larkin. Pihak pengurusan dijangka akan melakukan rombakan, dengan mengambil beberapa pemain baharu.

Mereka juga dijangka akan mengambil ketua jurulatih baharu.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU