ARTIKEL

Jenazah Nur Rarah diserah kepada keluarga hari ini – KP Selangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SUNGAI BULOH: Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah diserahkan kepada keluarganya hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau berkata, proses bedah siasat termasuk ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan mayat yang ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor ialah Nur Farah Kartini, 25.

Semalam, Hussein dilaporkan berkata, jenazah diserahkan kepada keluarga bergantung kepada hasil keputusan ujian padanan DNA yang diambil daripada ahli keluarganya oleh Jabatan Kimia.

Sementara itu, abang kepada mangsa Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, berkata jenazah adik bongsunya itu disolatkan di Masjid as-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor di Pekan, Pahang.

“Jenazah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan dan butiran lanjut akan kongsi kemudian,” katanya.

Terdahulu, tinjauan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati keluarga Nur Farah Kartini tiba pada 11.10 pagi bagi urusan tuntutan jenazah.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan dan mayatnya dijumpai kira-kira 6 petang pada Isnin. 

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak ditahan dan direman hingga 22 Julai untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
– Bernama

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU