ARTIKEL

Jenazah wanita berasal dari Sarawak Allahyarham Suri Narudin, 53, yang ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tragis selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Hitam, Chembong. | Foto TVS

Jenazah Suri selamat dikebumikan di Rembau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

REMBAU: Jenazah wanita berasal dari Sarawak Allahyarham Suri Narudin, 53, yang ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tragis selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Hitam, Chembong, di sini kira-kira pukul 8.10 malam tadi.

Jenazah wanita itu dikebumikan selepas proses memandikan dan mengkafankan jenazah diuruskan Pertubuhan Amal Rembau dan Rompin.

Jenazah dibawa keluar dari unit perubatan forensik Hospital Rembau kira-kira pukul 7.30 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pengesahan mayat suri yang dilaporkan hilang berdasarkan laporan polis di Balai Polis Ampang pada 15 Disember lalu.

Beliau dilapor berkata, pengesahan identiti itu dilakukan melalui cap jari yang diperoleh dan ia sepadan dengan data yang terdapat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Alzafny turut mengesahkan laporan analisis daripada Jabatan Kimia Malaysia sudah diterima dan mendapati profil spesimen yang dianalisis menunjukkan hubungan kekeluargaan terdekat dengan sampel DNA waris mangsa.

Kematian wanita itu mencetuskan kegemparan apabila mayatnya disumbat di dalam beg sebelum ditanam di belakang rumah di Kampung Batu 4, Pedas, di sini. – TVS

BERITA LAIN

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi