ARTIKEL

Mohamad Abu Bakar ketika ditemui pemberita selepas majlis praperasmian Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Serian di Pusat Konvensyen Serian, hari ini. | FOTO: GHAZALI BUJANG

Jentera kerajaan terus berkhidmat, bukan berkempen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Jentera kerajaan Sarawak akan terus menjalankan tugas seperti biasa sepanjang tempoh menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 tanpa menjadikan program turun padang dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat sebagai platform berkempen.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, semua aktiviti dan program kerajaan ketika ini merupakan sebahagian rutin pentadbiran yang telah dilaksanakan sebelum pilihan raya.

Menurutnya, usaha mendekati masyarakat, melaksanakan program pembangunan dan menyampaikan perkhidmatan tidak seharusnya disalah tafsir sebagai tindakan memihak kepada mana-mana parti politik.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis praperasmian Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Serian di Pusat Konvensyen Serian, di sini, hari ini.

Mengulas dakwaan kemungkinan agensi kerajaan digunakan untuk kepentingan parti tertentu ketika musim pilihan raya, Abu Bakar menegaskan bahawa pentadbiran negeri kekal berpegang kepada tanggungjawab memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa mengira suasana politik.

Dalam pada itu, beliau berkata, SKS 2026 menjadi antara pendekatan kerajaan negeri untuk menyampaikan maklumat tepat mengenai dasar, polisi dan pelbagai inisiatif kepada masyarakat.

Menurutnya, program itu turut memberi ruang kepada rakyat menyuarakan aduan berkaitan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik secara terus kepada agensi berkaitan.

Katanya, pendekatan bersemuka penting supaya setiap permasalahan yang dibangkitkan mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya, bukan sekadar menjadi perbincangan di media sosial.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan supaya terus turun padang bagi meninjau masalah yang dihadapi masyarakat dan memastikan tindakan penyelesaian diambil segera.

“Kerajaan tidak boleh menjadikan faktor seperti perubahan iklim, hakisan tanah atau kerosakan infrastruktur sebagai alasan untuk melengahkan tindakan terhadap masalah yang dihadapi rakyat,” katanya.

BERITA LAIN

Bukit Assek dibangun semula, Sibu jadi bandar pintar

SIBU: Pembangunan semula Bukit Assek yang dianggarkan memerlukan peruntukan sekitar RM2 bilion serta cadangan bandar satelit baharu di Kemuyang menjadi antara perancangan utama untuk mentransformasikan

Peruntukan RM1.5 bilion bangunkan Zon Ekonomi Sibu

SIBU: Cadangan peruntukan awal RM1.5 bilion bagi pembangunan Zon Ekonomi Sibu (SEZ) akan disokong penubuhan sebuah agensi khas untuk menyelaras pembangunan bandar itu sebagai hab

BERITA TERBARU

Bukit Assek dibangun semula, Sibu jadi bandar pintar

SIBU: Pembangunan semula Bukit Assek yang dianggarkan memerlukan peruntukan sekitar RM2 bilion serta cadangan bandar satelit baharu di Kemuyang menjadi antara perancangan utama untuk mentransformasikan

Peruntukan RM1.5 bilion bangunkan Zon Ekonomi Sibu

SIBU: Cadangan peruntukan awal RM1.5 bilion bagi pembangunan Zon Ekonomi Sibu (SEZ) akan disokong penubuhan sebuah agensi khas untuk menyelaras pembangunan bandar itu sebagai hab