ARTIKEL

Jepun digesa sekat junta Myanmar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Jepun digesa supaya mengenakan sekatan ke atas Myanmar seperti yang dilakukannya terhadap Rusia kerana menceroboh Ukraine, kata pakar Pertubuhan Bangsa-Ba

ngsa Bersatu (PBB) pada Khamis, menyelar kebiadaban dan penindasan junta.

Pelapor khas PBB hak asasi manusia di Myanmar, Thomas Andrews, juga menggesa Jepun untuk segera menamatkan program latihan untuk tentera Myanmar, memberi amaran ia mencemarkan imej tentera negara itu.

Myanmar bergolak sejak tentera menggulingkan kerajaan pemimpin awam Aung San Suu Kyi pada Februari 2021, mencetuskan pertempuran di seluruh negara dan menjejaskan ekonomi.

Serangan udara ke atas sebuah kampung di kawasan tumpuan penentangan bulan ini mengorbankan sekurang-kurangnya 170 orang, menurut media dan penduduk tempatan.

“Situasi hak asasi manusia di Myanmar adalah mengerikan dan semakin buruk,” kata Andrews kepada pemberita di Tokyo pada akhir lawatan untuk bertemu pegawai dan perniagaan Jepun.

“Saya menggesa Jepun untuk mempertimbangkan untuk menyertai semua negara kumpulan G7 lain dalam mengenakan sekatan ekonomi yang disasarkan terhadap tentera Myanmar dan sumber pendapatan utamanya, sama seperti yang dilakukannya sebagai tindak balas kepada krisis di Ukraine,” kata Andrews.

“Sekatan terhadap junta bakal melemahkan keupayaan untuk menyerang rakyatnya,” tambahnya dan menuduh tentera itu tidak berperikemanusiaan dan menindas.

Jepun menghentikan projek bantuan baharu selepas rampasan kuasa, tetapi program sedia ada tidak terjejas. Kementerian Pertahanan berkata pada September ia tidak menerima rekrut baharu ke dalam program yang melatih anggota tentera Myanmar.

Tetapi Andrews mengkritik keputusan membenarkan tentera yang sudah berada dalam program itu untuk melengkapkan latihan mereka.

“Mereka menerima latihan tempur dan belajar menjadi tentera dan komander yang berkesan dan kembali kepada tentera yang bertanggungjawab terhadap jenayah kemanusiaan dan jenayah perang.

“Selagi Kementerian Pertahanan terus melatih tentera Myanmar, Pasukan Pertahanan Diri Jepun akan dikaitkan dengan rejim tentera yang kejam,” katanya.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha