ARTIKEL

Jerebu Sarawak: Hanya Lima Kawasan Catat IPU Bawah 100 Setakat 12 Tengah Hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hanya lima kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bawah paras 100, manakala sebahagian besar kawasan lain terus berada pada tahap tidak sihat setakat 12 tengah hari ini.

Berdasarkan data terkini yang dikeluarkan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Mukah mencatatkan bacaan 98, diikuti ILP Miri (93), Bario (83), Limbang (77) dan Kapit (70).

Sebaliknya, sebanyak 13 kawasan lain merekodkan bacaan IPU melebihi 100 yang diklasifikasikan sebagai tidak sihat, manakala Tebedu menjadi satu-satunya lokasi mencatat IPU pada tahap sangat tidak sihat dengan 212.

Serian pula hampir memasuki kategori sangat tidak sihat apabila merekodkan bacaan 199, diikuti Kuching (175), Samarahan (174), Lubok Antu (167), Sarikei (161), Sri Aman (158), Bintulu (156), Samalaju (153), Miri (152), Sibu (151), Lundu (111) dan Lawas (102).

Mengikut klasifikasi, bacaan IPU antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana, manakala dari 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat yang boleh memberi kesan kepada golongan sensitif seperti kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai penyakit jantung dan paru-paru.

Bacaan antara 201 hingga 300 pula berada pada tahap sangat tidak sihat yang boleh menjejaskan kesihatan awam secara lebih meluas dan meningkatkan risiko komplikasi kesihatan terutama dalam kalangan golongan berisiko tinggi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU