ARTIKEL

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Jerebu Sarawak: JPBNS Rancang Operasi Pembenihan Awan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) sedang merancang pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan Siri 3 sebagai langkah mitigasi berdepan cuaca panas, kering dan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negeri ini.

Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, operasi itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), khususnya bagi kawasan empangan dan tadahan air yang dikenal pasti kritikal.

Menurutnya, fokus utama operasi tersebut adalah untuk meningkatkan potensi taburan hujan bagi membantu mengekalkan sumber bekalan air serta kestabilan paras air empangan.

“JPBNS sentiasa memantau rapi situasi cuaca panas, kering dan jerebu yang sedang berlaku di beberapa kawasan di Sarawak.

“Sebagai salah satu langkah mitigasi bagi menghadapi keadaan cuaca panas dan kering berpanjangan, JPBNS dengan kerjasama NADMA membuat perancangan bagi melaksanakan operasi pembenihan awan di Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, cuaca panas dan kering yang berpanjangan bukan sahaja menjejaskan kualiti udara, malah berpotensi memberi kesan kepada sumber bekalan air serta meningkatkan risiko kebakaran hutan, tanah gambut dan kawasan terbuka.

Sehubungan itu, JPBNS bersama agensi berkaitan terus memperkukuh pemantauan perkembangan cuaca, tahap pencemaran udara, titik panas, kebakaran hutan dan tanah gambut serta status bekalan air di seluruh negeri.

“Bagaimanapun, pelaksanaan ini bergantung kepada kewujudan awan yang sesuai serta keadaan atmosfera dan faktor meteorologi yang mengizinkan.

“Keberkesanan operasi bergantung kepada sistem awan yang memenuhi kriteria teknikal dan keselamatan penerbangan.

“METMalaysia akan terus melaksanakan analisis dan penilaian bagi menentukan kesesuaian kawasan, masa dan keadaan atmosfera sebelum operasi dilaksanakan,” jelasnya.

Beliau berkata, JPBNS akan terus bekerjasama rapat dengan NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, agensi utiliti serta berkaitan bagi memastikan langkah pemantauan, pencegahan, pengawalan dan mitigasi jerebu serta risiko kebakaran dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan.

Berdasarkan laporan cuaca dan kualiti udara setakat 12 tengah hari semalam, sebanyak 18 lokasi dipantau dengan beberapa kawasan masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

BERITA LAIN

Kuching Tuan Rumah MTQBB 26 Hingga 29 Oktober Ini

KUCHING: Bandar raya Kuching bakal menjadi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Bandaraya Se-Borneo (MTQBB) 2026 yang berlangsung dari 26 hingga 29 Oktober ini. Majlis berkenaan

BERITA TERBARU