ARTIKEL

JHS-SEB Tanam 2,002 Pokok Asli di Hutan Simpan Sabal Sokong Kempen Penghijauan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Jabatan Alam Sekitar telah menanam sebanyak 2,002 anak pokok spesies asli di Hutan Simpan Sabal sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan secara berterusan pada Khamis.

Jurucakap JHS berkata inisiatif itu merupakan sebahagian daripada kempen Pemuliharaan dan Penanaman Terpadu, Perlindungan serta Habitat selama 10 Tahun (2021-2030) yang diterajui oleh SEB.

Kempen itu katanya sekali gus sebagai tanda sokongan terhadap kempen hijau yang diketuai oleh JHS seiring dengan Agenda Penghijauan Malaysia iaitu Kempen Penanaman 100 Juta Pokok pada tahun 2021 hingga 2025.

Menurutnya lebih 160 peserta dari tiga agensi bersama komuniti tempatan telah turut serta.

MERIAH… Barisan para peserta ketika program berlangsung.

Tanaman berupa spesies bernilai tinggi seperti belian, meranti dan selangan antara yang telah ditanam semula bagi meningkatkan biodiversiti dan menyokong kesihatan ekologi jangka panjang hutan tersebut.

“Kerjasama berterusan ini menunjukkan usaha kolektif kerajaan, industri dan komuniti dalam memelihara warisan semula jadi Sarawak untuk generasi akan datang.

“JHS menekankan pendekatan kolaboratif ini dan mengulangi kepentingan perkongsian dalam memacu kelestarian,” katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, Pengarah JAS John Rampai, Naib Presiden Kanan Kontrak dan Perolehan SEB Yusri Safri, Naib Presiden HSSE SEB Marconi Madai dan Pegawai Bahagian Pemulihan dan Hutan Industri Mostapha Kamal turut hadir memeriahkan kempen tersebut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU