ARTIKEL

JHS tegaskan komitmen Sarawak pelihara hutan, biodiversiti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak kekal komited dalam mengekalkan hutan simpan kekal, memperkukuh rangkaian Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA), memulihara biodiversiti serta menggalakkan pengurusan hutan secara mampan.

Demikian ditegaskan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) sebagai respons terhadap kenyataan Friends of the Earth Japan (FoE Japan) bersama organisasi rakan kongsinya berhubung aktiviti pembalakan di Kawasan Hutan Hulu Baram (UBFA).

Dalam kenyataannya, JHS menegaskan, Sarawak pada masa sama turut mengiktiraf kepentingan meningkatkan taraf kehidupan, peluang sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat orang asal yang bergantung kepada sumber hutan.

“Sarawak mengalu-alukan kerjasama antarabangsa yang membina, penelitian yang sah serta penglibatan bermakna dengan organisasi masyarakat sivil.

“Bagaimanapun, pelibatan sedemikian mestilah berlandaskan fakta, ketelusan, akauntabiliti serta saling menghormati kuasa perlembagaan, bidang kuasa perundangan dan kerangka tadbir urus yang telah ditetapkan oleh negeri.

“JHS berpegang teguh bahawa pemuliharaan hutan, penggunaan sumber semula jadi secara mampan dan kesejahteraan masyarakat orang asal merupakan matlamat yang saling melengkapi, bukannya kepentingan yang bertentangan,” menurut kenyataan itu, hari ini.

JHS menjelaskan, meskipun Sarawak menghormati peranan organisasi masyarakat sivil dalam membangkitkan kebimbangan berkaitan alam sekitar dan sosial, pihaknya tegas menolak naratif mengelirukan, generalisasi tidak berasas serta dakwaan yang tidak menggambarkan realiti perundangan, institusi dan sosioekonomi dalam pengurusan hutan di negeri ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU