ARTIKEL

Antara Pati yang ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh JIM Sarawak di sekitar Kuching dan Bau, semalam.

JIM Sarawak gempur Pati di sekitar Kuching dan Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 55 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di sini, semalam.

JIM Sarawak menerusi satu kenyataan, berkata kesemua Pati itu dicekup dalam operasi yang menyasarkan beberapa premis dan kawasan tumpuan di Siniawan Central, Pekan Bau serta sekitar pusat perniagaan di Batu 3.

Antara Pati yang ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh JIM Sarawak di sekitar Kuching dan Bau, semalam.

Selain itu, katanya tumpuan turut diberikan kepada beberapa kediaman yang dijadikan bilik sewa oleh Pati di kawasan Taman Matang Bersinar dan Taman Satria Jaya, selain sebuah rumah kongsi pekerja berhampiran bulatan Simpang Tiga.

“Kesemua Pati tersebut ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan telah dibawa ke Pejabat Imigresen Kuching untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa pihak imigresen akan meneruskan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta mengekang kehadiran Pati di negeri ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU