ARTIKEL

Penghantar makanan dipenjara dan disebatan, terlibat kes dadah berulang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penghantar makanan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis syabu sebanyak tiga kali.

Tertuduh, 42, mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Shafiza Datu Abdul Razak.

Mengikut pertuduhan, dia mempunyai dua rekod lampau pada 12 Mac 2013 dan 23 Februari 2022 di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi pertuduhan kali ini dia didakwa mengambil dadah terlarang sekali lagi jenis methamphetamine dan amphetamine ketika ditangkap dan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Kuching, sekitar jam 1.30 petang, 11 Jun 2025.

Pendakwaan kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(1)(b)  daripada akta yang sama.

Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya.

Manakala, Seksyen 39C (1)(b) akta yang sama membawa hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan sebat tidak lebih daripada tiga sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, mahkamah memerintahkan dia di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas menjalani hukuman penjara.

Menurut fakta kes, semasa kejadian pihak polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah berulang lalu membawanya ke balai polis untuk siasatan.

Hasil ujian pertama saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah.

Hasil laporan sampel urin tertuduh dari Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak mengesahkan tertuduh positif jenis dadah syabu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdurrahman Abrar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU