ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar oleh anggota polis wanita dari bilik Mahkamah.

Wanita Indonesia didenda terlibat aktiviti persundalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang wanita warga Indonesia dijatuhkan hukuman denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana terlibat dalam aktiviti persundalan dengan bayaran RM250 di sebuah pusat urut di Batu Kawa, 16 Oktober lepas.

Tertuduh, 31, dari Singkawang, Indonesia, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nuriena Syafika Mohd Najib.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama, kerana menawarkan khidmat seks dengan balasan wang tunai RM250.

Tertuduh dibawa ke bilik tahanan sementara mahkamah.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah pusat urut di Jalan Batu Kawa, sekitar jam 3.10 petang, 16 Oktober lepas.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu mengetuai pasukannya membuat satu serbuan di sebuah pusat urut kerana dipercayai terdapat aktiviti pelacuran sempena Ops Noda.

Serbuan ke atas sebuah bilik mendapati seorang lelaki dan seorang wanita sedang berbogel.

Hasil pemeriksaan mendapati pelanggan lelaki tersebut merupakan warga tempatan, manakala wanita warga Indonesia.

Tertuduh juga gagal memberikan dokumen perjalanan yang sah, selain barang-barang turut dirampas seperti satu botol minyak urut, sekeping kondom, sebungkus tisu basah, sebungkus tisu kering, wang tunai RM250 dan sehelai tuala mandi.

Hasil siasatan mendapati tertuduh menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM250.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Siasatan kes dilakukan oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

Sementara itu, dia juga dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen, kerana tinggal lebih masa di Sarawak, Malaysia, selepas pas lawatannya telah tamat tempoh.

Dia mengaku bersalah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum mengikut seksyen 15(4) Akta yang sama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU