ARTIKEL

Datuk Len Talif Salleh

JKKK Proaktif Lonjak Potensi Tanjung Manis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Penglibatan aktif Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mampu menjadi pemacu utama dalam memperkasa potensi ekonomi sekali gus merancakkan pembangunan berterusan di daerah ini.

Usaha bersepadu yang digerakkan oleh penduduk melalui JKKK bukan sahaja membuka peluang baharu, malah membantu meningkatkan taraf hidup penduduk dengan memanfaatkan sumber sedia ada secara optimum.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, Tanjung Manis mempunyai kelebihan tersendiri untuk diterokai secara menyeluruh, khususnya dalam sektor pertanian dan pelancongan.

Kedua-dua sektor tersebut menurutnya berpotensi besar untuk menjana pendapatan sekiranya diurus dengan pendekatan strategik dan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak.

“Pengeluaran produk tempatan termasuk makanan tradisional boleh diperkukuhkan sekiranya sistem pemasaran diperbaiki agar lebih tersusun, moden dan berkesan,” katanya ketika menghadiri sesi taklimat serta program bimbingan SejaTI MADANI peringkat Daerah Tanjung Manis, di sini hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa kemudahan infrastruktur yang dibangunkan kerajaan di Tanjung Manis hari ini menjadi antara faktor penting dalam membantu penduduk memasarkan hasil mereka ke pasaran yang lebih luas.

“Kemudahan itu merupakan antara pendekatan utama kerajaan bagi memastikan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan secara menyeluruh, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan beberapa JKKK di kawasan berkenaan mula mengambil inisiatif menceburi aktiviti ekonomi sebagai usaha menambah pendapatan komuniti. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk penyediaan makanan, sektor pelancongan serta penternakan ayam kampung yang dilihat mempunyai permintaan tinggi.

Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (ICU JPM) atas inisiatif memperkenalkan pelbagai program di bawah Kerajaan MADANI yang bertujuan memperkasa ekonomi rakyat.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke