ARTIKEL

JKKK saluran betul untuk lapor masalah rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) harus menggunakan saluran yang betul untuk melaporkan segala masalah kampung dan rakyat untuk tindakan segera.

Menteri Utiliti Datuk Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, ini kerana jika pihak berkenaan melaporkan permasalahan dengan tidak menggunakan saluran yang betul, dikhuatiri akan dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jelas beliau, peranan ketua kaum, masyarakat dan pengerusi JKKK penting dalam membantu menyelesai serta melaporkan terus kepada agensi kerajaan yang berkaitan dengan masalah atau isu yang timbul.

Beliau, bagaimanapun, berkata pihak berkenaan(JKKK) juga perlu tahu saluran yang
betul bagi mendapatkan bantuan atau khidmat nasihat ekoran pada masa kini, terdapat dua kerajaan yang berbeza iaitu Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Justeru, pihak JKKK harus peka dengan perkara ini, katanya semasa berucap merasmikan JKKK Pekan Sebauh, petang tadi.

Dalam pada itu, Rundi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kemena turut menasihati pihak berkenaan mengenai perlunya mempertingkatkan struktur JKKK dalam membantu mentadbir serta membangunkan penduduk luar bandar terutama di kawasan DUN Kemena khasnya Sebauh.

Ini, kerana Sebauh bukan lagi bertaraf Daerah Kecil tetapi sudah menjadi Daerah penuh sejak dua tahun lalu, tambahnya lagi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU