ARTIKEL

JKKK terima dana Program SejaTi MADANI harus pastikan projek ekonomi bersifat mampan, Program Sejahtera Komuniti (SejaTi) MADANI, JKKK Lubok Antu, Dana SejaTi MADANI Sarawak, projek ekonomi mampan JKKK, penternakan ikan tilapia merah Lubok Antu. Fadillah Yusof
Fadillah serta tetamu lain bergambar kenangan bersama-sama wakil JKKK pada Majlis Penyerahan Replika Cek Program SejaTi MADANI bagi Daerah Lubok Antu di kompleks sukan dekat sini, hari ini.

JKKK terima dana Program SejaTi MADANI harus pastikan projek ekonomi bersifat mampan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUBOK ANTU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menerima dana di bawah Program Sejahtera Komuniti (SejaTi) MADANI harus memastikan projek ekonomi yang dijalankan bersifat mampan.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, menggesa setiap JKKK dalam satu daerah agar memilih projek yang berbeza.

Fadillah menyaksikan penyerahan replika cek oleh pihak Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak kepada wakil Pejabat Daerah Lubok Antu di sini, hari ini.

“Janganlah semua mohon satu jenis projek yang sama, biar pelbagai dalam satu-satu daerah untuk manfaat lebih menyeluruh.

“Kalau semua sama, nanti akan bersaing dan projek tidak dapat bertahan lama ekoran wujud persaingan tidak produktif,” katanya.

Fadillah berkata demikian ketika ditemui semasa menyempurnakan Majlis Penyerahan Replika Cek Program SejaTi MADANI bagi Daerah Lubok Antu di kompleks sukan dekat sini, hari ini.

Jelasnya, Sarawak diperuntukkan RM100 juta bagi memperkasakan JKKK selepas Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1 bilion di bawah Program SejaTi MADANI dengan nilai geran sebanyak RM100,000 kepada setiap komuniti.

“Melalui geran tersebut, sebanyak 1,024 JKKK di Sarawak berjaya menerima manfaat daripada program tersebut dengan 1,124 projek diluluskan kepada JKKK.

“Tujuannya untuk merancakkan aktiviti ekonomi masyarakat di peringkat komunti setempat melibatkan lima sektor tumpuan utama iaitu sektor pertanian dan makanan, jahitan dan kraf tangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula,” ujarnya.

Di Lubok Antu, katanya, kerajaan memperkasakan penternakan ikan tilapia merah menerusi Program SejaTi MADANI.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu menambah, sebanyak lapan JKKK di Daerah Lubok Antu diluluskan dengan dana SejaTi MADANI berjumlah RM723,675.

“Projek pemerkasaan ekonomi paling banyak ialah penternakan ikan tilapia merah, ikan keli dan ayam dengan enam projek diluluskan.

“Sementara tiga projek lain yang turut diluluskan adalah pertanian pintar untuk tanaman sayur dan jagung, manakala dua lagi membabitkan sektor pelancongan dan hospitaliti.

“Saya berharap dana ini dapat membantu JKKK menjana pendapatan, seterusnya merancakkan sosioekonomi komuniti setempat selaras hasrat Kerajaan MADANI untuk menyantuni rakyat dan memastikan kesejahteraan sentiasa terjamin dan terpelihara,” tambahnya.

BERITA LAIN

Sarawak antara lokasi penubuhan Pusat NICE

KUCHING: Sarawak dan Pulau Pinang dikenal pasti sebagai lokasi penubuhan dua Pusat Kepakaran Penjagaan Bersepadu (NICE) bagi memperluas akses kepada perkhidmatan penjagaan berkualiti dan mampu

BERITA TERBARU

Sarawak antara lokasi penubuhan Pusat NICE

KUCHING: Sarawak dan Pulau Pinang dikenal pasti sebagai lokasi penubuhan dua Pusat Kepakaran Penjagaan Bersepadu (NICE) bagi memperluas akses kepada perkhidmatan penjagaan berkualiti dan mampu