ARTIKEL

JKMS sedia Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah menerima 31 permohonan baharu untuk Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) dari Januari hingga 18 Mac lepas. 

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 20 permohonan telah diluluskan melibatkan perbelanjaan RM564,100. 

“Permohonan diluluskan tertinggi adalah dari Kuching (lapan), Sibu (tiga) manakala Serian dan Sri Aman masing-masing dua permohonan,” katanya pada Majlis Penghargaan Rakan Strategik Kenyalang Gold Card (KGC) dan Penyerahan Bantuan Kebajikan di Hotel Waterfront, di sini semalam. 

Tambahnya, setakat 18 Mac lalu, 62 permohonan lanjutan diterima dengan 44 permohonan telah diluluskan. 

“Permohonan lanjutan diluluskan yang tertinggi adalah dari Miri (18), Kuching (11) dan Limbang (empat), ia juga melibatkan perbelanjaan sebanyak RM978,216,” ujarnya. 

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 30 Mac 2021

BERITA LAIN

Jangan tunggu sakit, amalkan gaya hidup aktif

ASAJAYA: Masyarakat digesa menjadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian bagi mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit yang semakin membimbangkan, termasuk dalam kalangan golongan muda. Timbalan Menteri

46,000 penduduk Samarahan sertai Hari Sukan Negara

ASAJAYA: Hampir 46,000 penduduk Bahagian Samarahan menyertai pelbagai aktiviti sempena Hari Sukan Negara, mencerminkan sambutan menggalakkan terhadap usaha membudayakan gaya hidup aktif. Timbalan Menteri Kemajuan

BERITA TERBARU