ARTIKEL

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi merasmikan Persidangan Kejuruteraan Geoteknik Serantau Malaysia 2026 (MRGEC 2026).

JKR, CIDB Rangka Strategi Tangani Kenaikan Kos Bahan Binaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan merangka strategi jangka pendek dan jangka panjang bagi menangani kenaikan kos bahan binaan ekoran konflik di Asia Barat.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, hasil kajian tersebut akan dibentangkan pada Majlis Tindakan Ekonomi bagi mencari langkah terbaik untuk mengurangkan impak kenaikan kos bahan binaan.

Katanya, perkembangan konflik itu sedikit banyak memberi kesan kepada rantaian bekalan bahan serta kepada kos, namun kenaikan tersebut tidak terlalu ketara.

“Projek-projek kita semua berjalan, tidak ada projek tertangguh sebab kita mesti faham projek-projek ini mestilah dijalankan kerana kita enjin kepada perkembangan ekonomi,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Persidangan Kejuruteraan Geoteknik Serantau Malaysia 2026 (MRGEC 2026) di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Nanta berkata, projek yang tertangguh boleh mengakibatkan ekonomi negara menguncup kerana peruntukan telah disediakan untuk industri pembinaan tidak dibelanjakan.

Katanya lagi, pihak kontraktor harus masih mampu menampung peningkatan kos semasa dan tiada keperluan mendesak untuk kerajaan menyediakan peruntukan tambahan ketika ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan bersedia untuk mengaktifkan langkah intervensi tambahan sekiranya harga meningkat secara mendadak, khususnya jika konflik berkenaan menjejaskan bekalan bahan api global.

Terdahulu, Nanta merasmikan MRGEC2026 yang diadakan buat kali pertama dan berjaya menarik hampir 600 peserta terdiri daripada pemain industri, pempamer, golongan profesional serta wakil media.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU