ARTIKEL

Foto: JKR Sarawak

JKR Sarawak fokus pembangunan infrastruktur sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kunjungan delegasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bakal mengukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan.

Pengarah Kerja Raya Sarawak, Datu Dr Cassidy Morris berkata, kerjasama erat antara JKR Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak amat penting dalam memastikan perancangan serta pelaksanaan pembangunan infrastruktur pendidikan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan di seluruh negeri.

“Perbincangan yang diadakan merangkumi isu penyelenggaraan bangunan sekolah, pembinaan kemudahan baharu serta penambahbaikan fasiliti sedia ada bagi menjamin keselamatan dan keselesaan warga sekolah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, JKR Sarawak turut membentangkan status kemajuan projek-projek pendidikan yang sedang dilaksanakan serta perancangan projek baharu yang dirangka selaras dengan keperluan semasa dan masa hadapan sektor pendidikan negeri.

Tambahnya, maklum balas secara langsung daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak amat penting bagi memastikan setiap projek yang dilaksanakan menepati keperluan sebenar pengguna akhir, khususnya pelajar dan tenaga pengajar.

Pada masa sama, Cassidy menegaskan komitmen berterusan JKR Sarawak untuk memastikan setiap projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur pendidikan dilaksanakan mengikut spesifikasi ditetapkan serta disiapkan mengikut jadual.

Menurutnya, penyediaan infrastruktur pendidikan yang selamat, kondusif dan berkualiti merupakan antara keutamaan JKR Sarawak selaras dengan aspirasi kerajaan Sarawak dalam memperkasa sistem pendidikan negeri.

Beliau percaya kerjasama berterusan antara JKR Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak akan memberi impak positif terhadap pembangunan modal insan dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat Sarawak secara keseluruhan.-TVS

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU