ARTIKEL

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

JKR Sarawak laksana 235 projek bernilai RM3.81 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak diamanahkan melaksanakan 235 projek bernilai keseluruhan RM3.81 bilion dalam tempoh empat tahun, dan 22 projek daripada jumlah itu sudah siap setakat ini.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, JKR Sarawak berperanan sebagai jabatan teknikal dalam pelaksanaan projek-projek utama di bawah AP182.

“Sebanyak 22 projek sudah siap, manakala 92 projek lagi sedang dalam pembinaan.

“Selain itu, 36 projek berada pada peringkat tender, sementara 85 projek lagi masih di peringkat prakontrak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada Persidangan DUN Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Sementara itu, menyentuh pelaksanaan projek di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Uggah berkata sebanyak 108 projek jalan raya dan jambatan luar bandar bernilai RM6.85 bilion sedang dilaksanakan.

Daripada jumlah itu, 18 projek sudah siap, manakala 39 projek sedang dalam pembinaan.

“Sebanyak 12 projek lagi berada pada peringkat tender, sementara 39 projek masih di peringkat prakontrak.

“Dan saya iaitu Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan akan terus memantau prestasi kontraktor bagi memastikan semua projek dilaksanakan secara berkesan serta mengikut kemajuan yang ditetapkan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Uggah berkata kedua-dua seksyen Lebuh Raya Trans Borneo (LTB), masing-masing di Miri sepanjang 4.95 kilometer dan Limbang sepanjang 54.6 kilometer, dijangka dianugerahkan menjelang akhir tahun ini.

Mengenai Jalan Penghubung Sarawak-Sabah (SSLR), beliau berkata Fasa Satu sudah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 78.07 peratus dan disasarkan siap pada 2027.

SSLR Fasa Dua pula mencatatkan kemajuan fizikal sebanyak 23.38 peratus dan dijadualkan siap pada 2030.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU