ARTIKEL

JKR Sarawak Nafi Keluar Senarai Semak Ganti Rugi Kerosakan!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan atau mengedarkan dokumen bertajuk ‘Senarai Semak Dokumen Tuntutan Ganti Rugi Kerosakan Kenderaan’ yang kini tular di media sosial.

Sehubungan itu, jabatan tersebut menasihati orang awam supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan sentiasa merujuk kepada saluran rasmi JKR Sarawak untuk pengesahan.

“Orang awam boleh merujuk JKR Sarawak bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JKR Sarawak menjelaskan bahawa pengguna jalan raya yang terjejas dan ingin mengemukakan aduan atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi jabatan berkenaan menerusi saluran rasmi yang disediakan.

Saluran komunikasi tersebut merangkumi laman Facebook Jabatan Kerja Raya Sarawak, portal Talikhidmat di https://talikhidmat.sarawak.gov.my, aplikasi WhatsApp JKR Sarawak Care di talian +60 11-7017 1777 serta e-mel corporatejkr@gmail.com.

Pihak JKR Sarawak kekal komited dalam memastikan penyampaian maklumat yang sahih selain memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU