ARTIKEL

JKR Sarawak Serah Lapan Sekolah Siap Pada Januari 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sejumlah lapan projek sekolah yang telah siap sepenuhnya bakal diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menjelang awal Januari tahun depan. Penyerahan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh kemudahan pendidikan di seluruh Sarawak.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak berkata, projek tersebut melibatkan pembinaan dan penambahbaikan infrastruktur sekolah bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, selesa dan kondusif.

“JKR Sarawak bersedia menyerahkan sebanyak lapan projek siap kepada JPNS pada awal Januari 2026.

“Lapan projek sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tabuan Jaya, SK Kampung Tanam di Dalat, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Miri, SK Ulu Pedanum, SK Nanga Serau, SK Kuala Annau, SK Sebemban dan SK Ulu Binatang,” menurut kenyataan JKR hari ini.

Menurut JKR, langkah itu selaras dengan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui sektor pendidikan.

“Pelaksanaan dan penyiapan semua projek berkenaan mencerminkan usaha berterusan JKR Sarawak dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang berkualiti tinggi demi kesejahteraan murid serta warga pendidik,” jelasnya.

Penyiapan projek-projek sekolah tersebut bukan sahaja memberi manfaat secara langsung kepada murid dan guru malah turut menyokong pembangunan pendidikan yang lebih inklusif dan mampan di kawasan bandar serta luar bandar.

Untuk rekod, JKR Sarawak bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan tender, pemantauan di tapak projek dan penyerahan projek siap bagi sekolah-sekolah yang tersenarai di bawah skim peruntukan dana pendahuluan negeri berjumlah RM1 bilion untuk kerja-kerja membaiki pulih serta pembinaan baharu.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan