ARTIKEL

CUKUP BERPENGALAMAN...Joseph Kalang Tie (kanan) antara bintang yang cukup berpengalaman

JKT enggan fikir perancangan terbaharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bintang berpengalaman luas, Joseph Kalang Tie, 37, belum memikir hala tuju dirinya selepas kontrak bersama skuad Kuching City FC tidak disambung musim ini.

Anak jati kelahiran Long Ikang, Baram, Miri itu sebaliknya mahu fokus bersama keluarga tersayang terlebih dahulu.

“Saya belum memikirkan perancangan lain selepas kontrak bersama Kuching City FC tidak disambung.

“Apa yang pasti, saya mahu bersama keluarga tersayang ketika ini,” ujar Joseph kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Joseph, beliau juga tidak akan menerima sebarang tawaran daripada pasukan atau kelab lain ketika ini.

“Kalau pun ada tawaran seumpamanya, saya tetap dengan pendirian tidak akan menerimanya” tambah Joseph.

Joseph mula menyarung jersi pasukan Kuching City FC pada tahun 2019 yang pada ketika itu The City Boys beraksi dalam kancah Liga M3 sehingga 2023..

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU