ARTIKEL

Dato Prof. Madya Dr. Johan Shamsuddin Dato Sabaruddin dilantik sebagai Dekan pertama Fakulti Undang-Undang UNIMAS. Foto UNIMAS

Johan Shamsuddin dilantik Dekan Fakulti Undang-Undang pertama UNIMAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bekas Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dato Dr. Johan Shamsuddin Dato Sabaruddin, dilantik sebagai Dekan pertama Fakulti Undang-Undang Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkuat kuasa semalam.


Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Ahmad Hata Rasit, menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa pelantikan tersebut merupakan satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi di UNIMAS, khususnya dalam bidang perundangan.


“Fakulti Undang-Undang UNIMAS pada awalnya diilhamkan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak merangkap Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai usaha melahirkan graduan undang-undang yang berwibawa dan berintegriti selaras dengan keperluan semasa negara dan negeri,” menurut hantaran itu semalam.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atas kelulusan penubuhan Fakulti Undang-Undang UNIMAS, selain sokongan berterusan daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang komited memperkasa agenda pendidikan tinggi di negeri ini.


Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, turut mengutuskan ucapan tahniah kepada Johan Shamsuddin menerusi hantaran di Facebook dan berharap fakulti berkenaan dapat melahirkan graduan undang-undang yang berwibawa serta berintegriti.


“Sebagai seorang yang belatarbelakangkan undang-undang, saya amat menyambut baik penubuhan Fakulti Undang-Undang UNIMAS kerana ia membuka ruang lebih luas dalam melahirkan graduan undang-undang yang berwibawa, berintegriti dan mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negeri serta negara.


“Semoga graduan yang lahir kelak bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi turut memiliki keinsafan terhadap nilai keadilan, amanah serta tanggungjawab kepada masyarakat,” menurut Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong. – TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU