JARDANI Jovonovich terus menjadi ancaman organisasi High table dalam John Wick 4.
Filem susulan John Wick 4 meneruskan perjalanan pembunuh kepada pembunuh upahan ini dalam misi membersihkan nama daripada senarai sasaran High Table.
Bagaimanapun, musuh yang harus ditumbangkan oleh Wick lebih berkuasa sehingga meletakkan harga buruan atas nyawa Wick bernilai puluhan juta dolar.
Justeru, semakin banyak musuh cuba menghentikannya untuk mendapatkan wang ganjaran tersebut.
High Table juga mengupah pembunuh hebat iaitu Caine lakonan Donnie Yen.
Caine merupakan pembunuh upahan dan rakan baik John Wick. Walaupun buta, gaya dan aksi Caine seolaholah setanding Wick.
John Wick 4 merupakan fi lem lagak ngeri tanpa henti yang memberikan kesan drama dan emosi.
Filem ini berdurasi dua jam 48 minit memberi pengalaman mendebarkan, teruja dan turut memainkan emosi penonton.
Walaupun durasi fi lem hampir tiga jam, fi lem ini sarat dengan aksi dan pembunuhan.
Malah, ia turut diselitkan dengan elemen komedi dalam pembunuhan.
Koreografi aksi berlawan terlihat sangat realistik dan sudut pandang kamera berbeza memberi pengalaman terbaik kepada penonton.



