ARTIKEL

Johnny Pang menyaksikan upacara ringkas penyerahan projek naik taraf Gereja Methodist Ming Ong Bintulu antara pihak JKR Bintulu dan Pengerusi Gereja, Kueh Shin.

Johnny Pang komited tambah baik rumah ibadat setempat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Gereja Methodist Ming Ong Bintulu kini berwajah baharu selepas siapnya kerja-kerja naik taraf menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu melibatkan pemasangan bumbung laluan serta skrin LED baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan beliau untuk menambah baik kemudahan rumah ibadat di kawasan berkenaan demi keselesaan jemaah dan komuniti setempat.

“Dengan pemasangan skrin LED menggantikan projektor lama, para jemaat kini dapat mengikuti ibadah dengan lebih jelas dan menyeluruh.

“Pembinaan bumbung laluan pula memberi perlindungan daripada cuaca, sekali gus meningkatkan aksesibiliti antara bangunan,” katanya semasa majlis penyerahan projek RTP kepada gereja berkenaan, pada Ahad.

Johnny Pang menyaksikan penyerahan projek naik taraf Tadika Methodist Bintulu antara pihak JKR Bintulu dengan Pengerusi Tadika berkenaan, Liw Hui Ping.

Menurutnya, Gereja Methodist Ming Ong telah berkhidmat kepada komuniti lebih 30 tahun dan beberapa kemudahan sedia ada memerlukan penambahbaikan bagi memenuhi keperluan semasa.

Dalam majlis sama, ADUN Tanjong Batu itu turut mengumumkan permohonan pihak gereja untuk pembinaan penghadang tanah bagi kerja-kerja pembaikan cerun di belakang bangunan ibadat tersebut telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Insiden tanah runtuh semasa sambutan Tahun Baharu Cina lalu hampir menjejaskan struktur bangunan utama dan kediaman pastor. Justeru, saya amat bersyukur kerana permohonan tersebut diluluskan dan projek ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam masa terdekat,” ujarnya.

Johnny Pang menyaksikan wakil JKR Bintulu menyerahkan surat kelulusan permohonan pembinaan penghadang tanah bagi kerja-kerja pembaikan cerun kepada Pemimpin Awam (Lay Leader) Gereja Methodist Ming Ong Bintulu, Su Ling Ting.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk menyalurkan peruntukan tambahan bagi penambahbaikan kemudahan Tadika Methodist Bintulu yang beroperasi dalam kawasan gereja tersebut, selain menyokong pembangunan inisiatif “Koridor Sejarah Gereja” yang bakal memperkenalkan sejarah penubuhan dan sumbangan gereja kepada masyarakat umum.

Dalam pada itu, Johnny Pang menggalakkan pihak gereja untuk terus meneroka peluang-peluang bantuan yang disediakan oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di bawah Jabatan Premier Sarawak yang berperanan menyokong pembangunan rumah ibadat bukan Islam di negeri ini.

“Gereja bukan sekadar tempat ibadah, tetapi juga pusat kasih sayang, perpaduan dan pembangunan komuniti. Saya komited untuk terus bekerjasama dengan pihak gereja demi kemajuan dalam aspek keimanan, pendidikan serta kebajikan masyarakat setempat,” tambahnya lagi.

Pemimpin Awam (Lay Leader) Gereja Methodist Ming Ong Bintulu, Su Ling Ting menyampaikan cenderamata kepada Johnny Pang.

BERITA LAIN

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk

BERITA TERBARU

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk