ARTIKEL

Johnny Pang merakam gambar bersama jawatankuasa penganjur Kejohanan Pickleball BCCCI YES 2025 yang diadakan di gelanggang Kenyalang Futsal dan Pickleball Bintulu.

Johnny Pang rancang bina gelanggang pickleball awam di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming sedang meneliti cadangan pembinaan gelanggang pickleball awam di bandar ini bagi memenuhi permintaan terhadap sukan yang semakin popular dalam kalangan masyarakat.

Pang berkata, sukan hibrid yang menggabungkan elemen badminton, tenis dan ping pong itu kini menjadi antara aktiviti riadah paling diminati khususnya di Bintulu dengan penyertaan melibatkan pelbagai peringkat umur.

“Saya sedang meneliti cadangan untuk mewujudkan gelanggang pickleball awam di Bintulu seperti kemudahan yang disediakan di Miri supaya lebih ramai penduduk dapat menikmati sukan ini pada bila-bila masa,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah Kejohanan Pickleball BCCCI YES 2025, Ahad petang.

Jelas beliau, penyediaan kemudahan awam itu penting untuk memperkasa gaya hidup sihat dan menggalakkan perkembangan sukan berkenaan secara lebih meluas.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa peruntukan dana dan lokasi khusus bagi projek berkenaan masih dalam perbincangan awal.

Setakat ini, Bintulu mempunyai beberapa gelanggang pickleball persendirian seperti OGC Pickleball Court namun inisiatif baharu ini dijangka membuka akses lebih inklusif kepada orang ramai.

Dalam nada berseloroh, Pang berkata beliau turut berhasrat meningkatkan kemahirannya dalam sukan tersebut.

“Saya akan terus berlatih, tidak boleh biarkan pemain muda tinggalkan saya,” katanya.

Kejohanan dua hari (15 hingga 16 November) anjuran Sayap Usahawan Muda Dewan Usahawan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bintulu (BCCCI) itu menyaksikan penyertaan 290 peserta, menjadikannya penganjuran sulung terbesar oleh organisasi tersebut.

Presiden BCCCI Kong Chiong Ung menyampaikan cenderahati kepada Johnny Pang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU