ARTIKEL

Jojo masih mahu pertarungan semula menentang Ramadan Ondash

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar (Jojo), mengakui masih menyimpan hasrat untuk mengadakan pertarungan semula menentang petarung Lubnan, Ramadan Ondash, selepas keputusan perlawanan sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat sukan tempur.

Jojo berharap diberi peluang mengadakan pertarungan semula menentang Ramadan Ondash.

Menurut Jojo, keinginan untuk mendapatkan pertarungan semula sudah timbul sebaik sahaja beliau melangkah keluar dari gelanggang selepas pertarungan tersebut.

Katanya, beliau secara peribadi percaya dirinya telah melakukan secukupnya untuk meraih kemenangan, namun tetap menghormati keputusan yang dibuat oleh para hakim.

“Sejujurnya saya merasakan saya memenangi pertarungan itu, tetapi keputusan hakim tidak boleh diubah dan saya menerimanya.

“Malah, Ketua Pegawai Eksekutif ONE Championship, Chatri Sityodtong, juga berpendapat saya wajar diberikan peluang pertarungan semula,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak, semalam.
Jojo bagaimanapun berkata Ramadan tidak menunjukkan minat untuk menerima tawaran pertarungan semula walaupun cadangan itu mendapat sokongan daripada pihak pengurusan ONE Championship.

Menurutnya, tiada siapa boleh dipaksa untuk bertarung, namun cara seseorang memberi respons terhadap cabaran tersebut mencerminkan perwatakan sebagai seorang atlet.

Beliau berkata ketika Ramadan mencabarnya sebelum ini, beliau tidak mengambil masa lama untuk menerima pertarungan tersebut.

“Saya tidak meminta syarat tertentu atau memilih lawan. Sebagai seorang petarung, saya akan berlawan dengan sesiapa sahaja, di mana-mana dan pada bila-bila masa.

“Jika situasi itu terbalik dan saya berada di tempat Ramadan, saya akan terus memberikan peluang pertarungan semula,” katanya.

Mengulas mengenai perancangan seterusnya, Jojo berkata keutamaannya ketika ini masih terarah kepada pertarungan semula menentang Ramadan, namun beliau bersedia untuk berdepan mana-mana lawan sekiranya pertarungan itu tidak menjadi kenyataan.
“Kalau mengikut kehendak saya, sudah tentu saya mahukan pertarungan semula. Tetapi ia memerlukan persetujuan kedua-dua pihak.

“Jika dia tidak mahu, saya terbuka untuk menentang sesiapa sahaja yang sedia menerima cabaran,” ujarnya.

Sebelum ini, Chatri Sityodtong dilaporkan menyatakan bahawa pertarungan semula antara Jojo dan Ramadan mempunyai peluang besar untuk direalisasikan susulan aksi sengit yang dipamerkan kedua-dua petarung dalam pertemuan terdahulu.

Pada 31 Julai, petarung Lubnan itu mengatasi Jojo menerusi keputusan split decision juri dalam aksi ONE Championship: The Inner Circle 24 di Stadium Lumpinee, Bangkok.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan