ARTIKEL

PELANCARAN… Misnu (kanan) menyempurnakan simbolik perasmian konti Internet Radio Islamic Sarawak (IRIS) di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini. Turut kelihatan Abang Abdul Wahap (kiri). | MOHD ALIF NONI

Jom dengarkan platform Internet Radio Islamic Sarawak bulan Ramadan ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Agensi Islam diseru untuk menggunakan platform Internet Radio Islamic Sarawak (IRIS) bagi menguar-uarkan program yang akan dilaksanakan khususnya sepanjang Ramadan ini.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha berkata, usaha sedemikian penting kerana terdapat pelbagai program keagamaan yang akan diketengahkan dengan kerjasama Jabatan Mufti Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan sebagainya.

GEMBIRA… Misnu dan Abang Abdul Wahap ketika berada di konti baharu IRIS. | MOHD ALIF NONI

Katanya, radio digital seperti IRIS ini juga selari dengan era digital terkini yang menawarkan pelbagai pengisian sekali gus sesuai dengan minat pendengar.

“Selain saluran untuk berdakwah, mengajar dan mendidik ia juga menjadi semangat untuk kita memaklumkan kepada masyarakat mengenai pelbagai program yang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Konti Internet Radio Islamic Sarawak (IRIS) di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Menjelas mengenai peluang iklan, beliau memberitahu mereka tidak mempunyai masalah  sekali gus menggalakkan para peniaga untuk menggunakan platform IRIS sebagai salah satu saluran promosi.

Sementara mengenai konti IRIS, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai memberitahu sehingga kini, hampir 30 organisasi sama ada agensi islam, awam, swasta dan personaliti terkenal telah dijemput membuat perkongsian di konti IRIS. 

Baca lain  Tangguh program pagi tanpa kereta sepanjang Ramadan

“Ia membuktikan platform yang disediakan IRIS ini mendapat sambutan yang baik daripada agensi-agensi Islam,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU