ARTIKEL

Jom lihat buaya!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jong Crocodile Farm kini dibuka semula untuk pengunjung setelah ditutup sementara kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengurusnya Teoh Yia Qing berkata, pihaknya mula beroperasi semula pada 11 Jun lalu setelah hampir tiga bulan ditutup.

Justeru katanya, orang ramai kini boleh mengunjungi ladang berkenaan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Sebelum datang pegunjung harus memastikan mereka sihat, mengamalkan penjarakan sosial satu meter, menggunakan pelitup muka dan pembersih tangan,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau menambah sebelum masuk, suhu badan pengunjung akan diambil dan mereka perlu mengimbas kod QR yang disediakan untuk mendaftarkan nama dan maklumat peribadi.

Yia Qing berkata pihaknya juga mengehadkan jumlah pengunjung sehingga 100 orang sehari, di mana sebelum ini terutama pada hujung minggu mereka menerima jumlah pengunjung mencecah 200 orang sehari.

Katanya, promosi juga diberikan dengan kadar kemasukan RM14 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Beliau berkata, waktu operasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari dan pertunjukan buaya makan pada jam 11 pagi hingga 3 petang setiap hari.

Baca lain  Pastikan kebajikan rakyat terjamin

Manakala katanya, beberapa kemudahan seperti taman permainan akan ditutup.

Beliau menambah kakitangan juga akan melakukan pembersihan serta pembasmian kuman di dalam premis setiap hari sebagai sebahagian daripada SOP.

Yia Qing berkata sejak ditutup, Jong Crocodile Farm telah hilang pendapatan dan terpaksa menanggung kos makanan buaya serta haiwan-haiwan lain.

Jong Crocodile Farm merupakan salah satu ladang buaya terbesar di Malaysia.

Ia terletak di Batu 18 1/2 Jalan Kuching-Serian dengan jarak kira-kira 20 minit pemanduan dari pusat bandar Kuching.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan