ARTIKEL

Zaiwin Kassim (empat kiri) bersama rombongan, kakitangan pejabat residen dan pemimpin masyarakat menunjukkan poster promosi KTB.

Jom meriahkan Karnival Kenyalang Tourism Booster @Sarikei, 17 hingga 19 November ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Kenyalang Tourism Booster (KTB) menganjurkan Karnival Kenyalang Tourism Booster @Sarikei 2023 di Dewan Serbaguna Kampung Seberang di sini, pada 17 hingga 19 November ini. 

Pengerusi Koperasi Belia Inovatif Sarawak Berhad (KOBIS) Zaiwin Kassim berkata, pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya, sukan rakyat, bengkel homestay moden, bengkel manik, – anyaman bakul, pertandingan karaoke bebas, pertunjukan fesyen kanak-kanak dan banyak lagi.

Penganjuran program itu katanya, sebahagian usaha mempromosikan kepelbagaian tarikan Sarikei sekali gus meningkatkan kehadiran pengunjung.

“Ini juga selaras kenyataan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bahawa Sarawak berjaya mencapai sasaran tiga juta kedatangan pengunjung tahun ini pada minggu pertama bulan Oktober,” katanya.

Terdahulu ujarnya, pihaknya mengadakan satu sesi perbincangan yang  merupakan titik permulaan bagi program itu, di samping membincangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang karnival berkenaan.

Program ujarnya, dirancang pihak KOBIS sebagai langkah pemerkasaan usahawan sektor pelancongan menerusi aktiviti seperti Hibrid Tourism Forum dan juga Bengkel Homestay Moden.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai KTB @Sarikei, sila layari laman Facebook rasmi: Kenyalang Tourism Booster (www.facebook.com/ktbsarawak).

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil