ARTIKEL

Jom mohon jawatan kosong di DBKU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan mempunyai kelayakan digalak untuk mengisi jawatan Pembantu Penguatkuasa dan Pembantu Awam di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Kelayakan untuk memohon jawatan tersebut hendaklah individu yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun, mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau bekas anggota keselamatan seperti polis atau tentera.

Taraf jawatan adalah kontrak dan gaji permulaan yang ditawarkan bermula RM1,360 untuk jawatan Pembantu Penguatkuasa manakala Pembantu Awam pula bermula dari RM1,218.00

Untuk jawatan Pembantu Awam permohon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya Pentaksiran Tingkatan Tiga atau Penilaian Menengah Rendah.

Tarikh tutup permohonan pada Jumaat, 18 Februari 2024 dan maklumat lanjut sila rujuk notis iklan yang telah dilampirkan,

BERITA LAIN

BERITA TERBARU