ARTIKEL

FB Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat

Jom serbu program tentera bersama rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Orang ramai, khususnya penduduk di daerah Bau dan kawasan sekitarnya, dijemput memeriahkan program tentera bersama rakyat ‘Teguh Siaga’ pada 4 Julai ini.

Program yang akan berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Bau itu adalah sempena Pelan Strategik Pertahanan Negara anjuran Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat.

Dijadual berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang, program itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Antaranya ialah pameran aset ketenteraan, Survival Village, Jualan Rahmah MADANI, pemeriksaan kesihatan, rawatan pergigian, khidmat gunting rambut, program motivasi, senamrobik Zumba, sukan rakyat, selain persembahan TTS dan tambor.

Menerusi aktiviti yang bersifat interaktif dan mesra komuniti itu, ia sekali gus memberi peluang kepada masyarakat mengenali dengan lebih dekat peranan dan keupayaan Tentera Darat Malaysia.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU