ARTIKEL

Jom sertai Ahli SKUAD Antidadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Golongan belia yang berusia 18 tahun dan ke atas dijemput untuk menyertai Ahli SKUAD Antidadah.

Objektif skuad ini untuk mencapai Negara Bebas Dadah menjelang 2025.

SKUAD Antidadah merupakan satu entiti Kesukarelaan Agensi Antidadah Kebangsaan yang berfungsi untuk membantu memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat, memberi pertolongan kepada mereka yang menghadapi masalah dadah serta menjadi agen penyalur maklumat dan mempromosi perkhidmatan AADK.

Cara menyertai cukup mudah iaitu hanya imbas kod QR yang disediakan atau dan mendaftar sebagai sukarelawan SKUAD Antidadah di tempat yang berdekatan.

Ingat, perangi dadah bukan pilihan, tapi ianya adalah satu tanggungjawab.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU