ARTIKEL

Jonah pasang impian catat balingan 20 meter

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PETALING JAYA Atlet lontar peluru negara Jonah Chang Rigan memasang impian besar untuk muncul atlet Malaysia pertama melakukan balingan sejauh 20 meter (m).

Walaupun menyedari ia bukanlah sesuatu yang mudah, namun kejayaan memecahkan rekod kebangsaan pada Kejohanan Balingan Asia 2023 di Korea Selatan baru-baru ini, menyuntik semangat bintang muda kelahiran Sarawak itu.

Jonah memadamkan rekod kebangsaan 17.54m berusia 12 tahun yang dipegang Adi Alifuddin Hussin dengan mencatatkan 17.67m, selain memperoleh tempat kelima pada kejohanan di Mokpo City itu.

“Saya akan memastikan untuk melakar rekod terbaik itu (catatan 20m) dalam masa enam tahun akan datang,” kata jaguh dalam pembikinan itu ketika ditemui pada Majlis Perjanjian Penajaan antara Kesatuan Olahraga Malaysia dan Cahya Mata Sarawak Berhad di sini, semalam.

Pemuda itu juga telah menetapkan sasarannya untuk Sukan Malaysia (Sukma) yang bakal berlangsung di Sarawak tahun depan serta Sukan SEA 2025 di Thailand. 

Bagi Sukma, Jonah bertekad untuk memecahkan rekod temasya di samping mempertahankan kejuaraan yang diraihnya pada edisi Kuala Lumpur tahun lepas dengan catatan 16.65m.

“Pada Sukan SEA 2025 di Thailand, saya nak raih pingat pertama saya pada temasya itu, sebab di Kemboja saya hanya berada di tempat keempat…tidak kisah pingat emas, perak atau gangsa,” katanya yang mahu terus melakar kejayaan bagi mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim