ARTIKEL

JPBN perhalusi strategi kekang peningkatan kes COVID-19 di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kawalan pergerakan antara daerah, pengurangan jumlah penerbangan dan tempoh operasi perniagaan merupakan antara strategi yang sedang diperhalusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bagi menangani peningkatan kes positif COVID-19 di negeri itu.

Kenyataan JPBN menyebut setakat ini, jawatankuasa itu mengambil ketetapan mewajibkan semua warganegara Malaysia yang datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan menjalani kuarantin di hotel dan langkah tersebut akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos hingga 14 Ogos.

“Sampel akan diambil pada hari kedua (kuarantin) dan sekiranya keputusan ujian RT-PCR COVID-19 negatif, barulah mereka dibenarkan balik,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, JPBN berkata Kementerian Kesihatan akan meningkatkan lagi pelaksanaan penjejakan aktif kes (ACD) di kawasan Kota Sentosa di mana satu kluster aktif telah dikenal pasti.

“Selain keputusan yang telah dinyatakan di atas, JPBN akan mengumumkan strategi lain dengan lebih terperinci setelah strategi itu diperhalusi,” katanya.

Jawatankuasa itu turut melaporkan satu kes kematian akibat COVID-19 hari ini yang melibatkan seorang wanita tempatan berusia 63 tahun.

Satu kes positif baharu turut dicatat dan ini menjadikan sejumlah 650 kes COVID-19 direkodkan di Sarawak setakat ini.

 

BERITA LAIN

DBP Sarawak ngena chara baru marit rebak biak

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pampang Sarawak nyelinting ngena chara baru ungkup marit raban nembiak rebak baru ba bidang jaku enggau litaricha dikena ngerembaika

BERITA TERBARU

DBP Sarawak ngena chara baru marit rebak biak

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pampang Sarawak nyelinting ngena chara baru ungkup marit raban nembiak rebak baru ba bidang jaku enggau litaricha dikena ngerembaika