ARTIKEL

JPJ KELUAR 61,317 NOTIS KESALAHAN SEPANJANG OPERASI KHAS HRA 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 61,317 notis pelbagai kesalahan sepanjang Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) tahun ini di seluruh negara bermula 24 Mac hingga tengah malam tadi.


Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata jumlah itu hasil pemeriksaan ke atas 287,802 kenderaan di 353 kawasan ‘hotspot’ seluruh negara dengan 511 kenderaan disita.

Beliau berkata notis melibatkan kenderaan dan pemandu terbabit dikeluarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Anta 333).

“Sepanjang tempoh operasi ini JPJ juga menerima 6,687 aduan berbentuk gambar dan video berkaitan kesalahan lalu lintas menerusi Aplikasi MyJPJ.

“Tiga kesalahan utama yang tertinggi adalah memotong barisan (1,766), memandu di lorong kecemasan (1,625) dan gagal mematuhi lampu isyarat merah (843),” jelasnya.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU