ARTIKEL

OPERASI… Sekitar Ops Khas Motosikal yang diadakan malam tadi. Photo Alif Noni

JPJ kenal pasti lokasi “hot spot” lumba haram di sekitar Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak telah mengenal pasti beberapa lokasi panas atau ‘hot spot’ aktiviti lumba haram di sekitar Bandaraya Kuching.

OPERASI… Sekitar Ops Khas Motosikal yang diadakan malam tadi. Photo Alif Noni

Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili berkata, operasi untuk membanteras aktiviti lumba haram tersebut daripada berleluasa di negeri ini bakal diadakan dengan kerjasama PDRM Sarawak.

“Satu mesyuarat dengan pihak PDRM akan diadakan untuk tujuan ini malah pihak PDRM memang sentiasa memantau kegiatan ini di Sarawak. Insya-Allah kita akan menjalankan operasi untuk membanteras aktiviti tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa Ops Khas Motosikal Sarawak 2024 yang turut dihadiri Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia, Muhammad Kifli Ma Hassan di sini, malam Jumaat.

Menurut Norizan, sebanyak 19,388 saman dikeluarkan pihaknya sepanjang Ops Motosikal diadakan tahun ini dengan kesalahan paling banyak dikesan adalah tiada lesen memandu.

Disebabkan itu, beliau menyeru agar semua pengguna jalan raya mendapatkan lesen demi keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

“Kita juga mempunyai Program Bantuan MyLesen Motosikal Kelas B2 bagi membantu golongan B40 yang kurang berkemampuan.

“Secara tidak langsung, program itu dapat melahirkan penunggang motosikal yang kompeten dan celik undang-undang keselamatan jalan raya sekali gus mengurangkan bilangan nahas motosikal,” katanya.

Untuk rekod, Program MyLesen B2 adalah sebuah subsidi bayaran latihan, ujian dan lesen motosikal B2 di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi golongan B40.

Ia bertujuan untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan isi rumah. 

Program ini sepenuhnya dibiayai oleh kerajaan, selaras dengan usaha untuk meningkatkan taraf hidup serta menyediakan peluang pekerjaan bagi mereka yang layak.

Antara syarat-syarat permohonan adalah warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas; terbuka kepada golongan B40 atau tanggungan mereka; sihat dari segi fizikal dan mental; belum memiliki sebarang lesen memandu serta tidak disenarai hitam oleh mahkamah, JPJ atau PDRM.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.