ARTIKEL

Jazmanie berdiri (tengah) semasa operasi yang dijalankan di Marina Utama, semalam.

JPJ Sarawak pertingkat penguatkuasaan menjelang Aidilfitri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak meneruskan operasi penguatkuasaan seperti biasa sepanjang Ramadan bagi memastikan pematuhan peraturan lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili, berkata dengan itu, pemantauan akan dipertingkatkan menjelang Hari Raya Aidilfitri berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

Norizan melakukan pemeriksaan kenderaan dan pemandu.

“Kita tidak mahu ada yang kehilangan ahli keluarga akibat kemalangan pada Ramadan ini, apatah lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

“JPJ sentiasa berusaha memastikan jalan raya di Sarawak berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar mematuhi peraturan jalan raya dan bekerjasama dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ Malaysia, Datuk Jazmanie Shafawi, turun padang ke Miri semalam bagi menyantuni anggota penguat kuasa yang bertugas di lapangan.

Jazmanie turut menghadiri program pengagihan 250 bungkus bubur lambuk dan bubur pedas kepada pelanggan JPJ Cawangan Miri serta pengguna jalan raya di sekitar kawasan Marina Utama.

Pada sebelah malam, beliau menyampaikan sumbangan khas kepada golongan asnaf dan ibu tunggal menerusi Program JPJ Prihatin Bersama Komuniti Setempat sebelum berbuka puasa bersama-sama mereka.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.