ARTIKEL

JPJ tubuh Task Force atasi ketirisan kutipan hasil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING:  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia secara rasminya menubuhkan satu Task Force bagi menyelesaikan isu ketirisan kutipan hasil Lesen Kenderaan Motor (LKM), hari ini.

JPJ dalam kenyataannya berkata, isu ketirisan membabitkan urusniaga pembaharuan LKM daripada Sabah, Sarawak, Labuan dan Langkawi telah dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk kegunaan di Semenanjung Malaysia.

Kenyataan tersebut turut mendedahkan objektif Task Force ditubuhkan bagi menangani isu terbabit daripada berterusan.

“Audit Dalaman Kementerian Pengangkutan dan analisis JPJ melaporkan sebanyak RM50 juta ketirisan urus niaga berlaku dari Januari hingga Ogos 2019.

“Rekod JPJ turut mendapati lebih 50 peratus urusniaga pembaharuan LKM di Sabah, Sarawak, Pulau Labuan dan Langkawi digunakan di luar kawasan wilayah berkenaan,” kata kenyataan itu.

“JPJ memandang serius perkara ini dengan memantapkan integriti penyampaian perkhidmatan khususnya bagi aktiviti kutipan hasil demi kebaikan masyarakat dan negara,” ujar kenyataan itu lagi.

Sementara itu, kenyataan tersebut menambah bahawa urusniaga pembaharuan LKM bagi semua jenis kenderaan dan kapasiti enjin masih dijalankan seperti biasa di semua pejabat JPJ dan rakan niaga yang lain.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU