ARTIKEL

Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak, Omar Mahli | Foto fail: Mohd Alif Noni

JPNS Pantau Rapi Bacaan Suhu Di Semua Sekolah Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) terus memantau rapi bacaan suhu di semua sekolah di seluruh negeri bagi memastikan aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid sentiasa terpelihara susulan fenomena cuaca panas yang melanda ketika ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Omar Mahli berkata, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dipertimbangkan sekiranya keadaan cuaca mencapai tahap ekstrem sehingga menjejaskan operasi harian sekolah.

Menurut beliau, langkah tersebut selaras dengan garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung pengoperasian institusi pendidikan semasa berdepan cuaca panas.

“Setakat ini, berdasarkan data bacaan suhu yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sekolah di Sarawak masih boleh beroperasi seperti biasa,” katanya kepada Suara Sarawak hari ini.

Omar turut menggesa pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa agar mengambil langkah proaktif bagi mengelakkan risiko strok haba dalam kalangan murid.

“Antaranya termasuklah memastikan murid meminum air secukupnya, mengehadkan aktiviti fizikal di kawasan terbuka, berlindung di kawasan teduh serta digalakkan memakai pakaian yang bersesuaian.

“Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JPNS dan KPM bagi memastikan sesi pembelajaran murid tidak terganggu, selain mengutamakan keselamatan mereka dalam mendepani keadaan cuaca yang tidak menentu,” jelas beliau.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha