ARTIKEL

Haslinda menyampaikan cenderamata kepada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan usai penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak (KTS) dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) Bahagian Bintulu pada Isnin.

JTS perkukuh penyampaian perkhidmatan menerusi pendekatan 3R

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) komited memperkemas sistem kerja serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam menerusi pelaksanaan pendekatan 3R, iaitu Revisit, Rethink dan Recharge, bagi memastikan urusan berkaitan tanah dilaksanakan dengan lebih cekap, responsif dan berimpak tinggi kepada rakyat.

Penguasa Tanah dan Survei Bintulu, Haslinda Hamdan berkata pendekatan tersebut menjadi panduan utama jabatan dalam menilai semula dasar, prosedur dan proses kerja yang tidak lagi sesuai dengan keperluan semasa.

Haslinda berucap pada majlis penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak (KTS) dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) Bahagian Bintulu pada Isnin.

Menurut beliau, inisiatif itu selaras dengan penekanan yang diberikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, agar seluruh warga Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) mengamalkan pendekatan 3R dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat.

“Penambahbaikan berterusan ini penting bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan sentiasa berada pada tahap optimum, sekali gus mengurangkan kerenah birokrasi serta mempercepatkan urusan berkaitan tanah.

“Ia juga membuka ruang kepada warga kerja untuk lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak (KTS) dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) Bahagian Bintulu yang disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan di Auditorium Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), di sini, pada Isnin.

Haslinda berkata JTS turut menitikberatkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi kerajaan dan masyarakat setempat bagi memastikan program pengurusan tanah dilaksanakan secara teratur, telus dan berkesan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata pelaksanaan Program Inisiatif Baharu Hak Adat Bumiputera (NCR) di bawah Kanun Tanah Sarawak terus mencatat kemajuan memberangsangkan hasil komitmen berterusan JTS di seluruh negeri.

“Setakat ini, sebanyak 1.24 juta hektar tanah di Sarawak telah diukur, manakala 966,938 hektar telah diwartakan di bawah Seksyen 6 KTS.

“Bagi Bahagian Bintulu pula, sejumlah 84,007 hektar tanah telah diukur, dengan 47,342.98 hektar daripadanya telah diwartakan,” katanya.

Bagi pelaksanaan Fasa 2 di bawah Seksyen 18 KTS, Haslinda berkata sebanyak 111,166 lot individu telah diukur di seluruh Sarawak dan 37,221 lot telah menerima surat hak milik tanah melibatkan keluasan 52,667 hektar.

Di Bahagian Bintulu sahaja, sebanyak 3,785 lot telah diukur, manakala 1,358 lot telah berjaya dikeluarkan surat hak milik tanah.

Haslinda menegaskan JTS akan terus memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan tanah negeri selaras dengan aspirasi pembangunan Sarawak menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat.

Pada majlis tersebut, seramai 39 penerima menerima TOL bagi Skim Pembesaran Kampung (SPK) Kampung Melayu Tubau.

Selain itu, sebanyak 274 surat hak milik tanah Seksyen 18 KTS disampaikan kepada 189 penerima melibatkan kawasan Sungai Senunok dan Sungai Kelebu di DUN Kakus, Sungai Rassan di DUN Kemena serta Murum, dan Sungai Sepadok di DUN Jepak.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU