ARTIKEL

Jual gas subsidi Jumaat ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pusat Khidmat Sibu akan mengadakan aktiviti khas penjualan gas bersubsidi di Cafe Selalo, Jeti Paradom Lama pada Jumaat ini (7 Julai).

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew berkata, aktiviti ini adalah untuk manfaat penduduk Tanjung Kunyit dan sekitarnya yang akan bermula dari jam 4.30 hingga 6.30 petang.

Dalam jualan selama dua jam itu, ujar beliau, penduduk setempat diingatkan untuk membawa tong gas kosong sama ada tong berwarna hijau, kuning dan merah.

“Kesemua gas memasak tersebut akan dijual dengan harga RM20 sahaja selepas disubsidi harganya dengan harga asal sekitar RM32,” katanya di sini.

Beliau mengatakan jumlah keseluruhan gas disediakan untuk aktiviti subsidi ini adalah sebanyak 150 tong sahaja.

Rentetan itu, beliau memberitahu, ia agak terhad dan oleh itu ‘siapa cepat, dia dapat’ sambil menasihatkan orang ramai supaya mengikut masa yang ditetapkan agar tidak terlepas peluang yang disediakan itu.

Menurutnya lagi, disebabkan ketiadaan tempat yang agak luas untuk aktiviti ini di venue tersebut serta mengelak kesesakan lalu lintas, orang ramai diminta memberi kerjasama kepada arahan trafik pasukan perkhidmatan dan pengawal sukarela.

“Saya harap melalui aktiviti subsidi ini, beban kewangan rakyat dapat dikurangkan. Ini juga menunjukkan kesungguhan DAP untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Kita adakan aktiviti subsidi gas ini supaya rakyat di luar bandar dapat memperoleh manfaat dan pada masa yang sama juga memudahkan orang ramai,” ujar beliau.

Justeru, Ling mengajak orang ramai untuk mengikuti laman rasmi Facebooknya kerana sebarang maklumat mengenai aktiviti kebajikan untuk kepentingan rakyat akan disiarkan di situ.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU