ARTIKEL

Gambar hiasan

Jual rokok berdekatan institusi pendidikan, pemilik kedai serbaneka didenda RM60,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah syarikat pemilik kedai serbaneka dikenakan denda RM60,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menjual produk merokok dalam jarak kurang 40 meter dari sempadan institusi pendidikan, Oktober tahun lalu.

Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), wakil syarikat selaku tertuduh membuat pengakuan berkenaan sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan pertama, syarikat tersebut didakwa menjual produk merokok dalam jarak 40 meter dari sempadan institusi pendidikan.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 10(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang dibaca bersama Peraturan 4(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Kawalan Penjualan) 2024.

Sabit kesalahan, pihak terlibat boleh didenda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, syarikat itu didakwa menjual produk merokok yang tidak dibungkus dan dilabelkan mengikut ketetapan undang-undang.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 10(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang dibaca bersama Seksyen 15(1) akta sama serta Peraturan 8(1)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Pembungkusan dan Pelabelan) 2024.

Semasa prosiding, wakil syarikat merayu hukuman diringankan dengan alasan ia merupakan kesalahan pertama selain berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Mohd Fairos Ibrahim memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran memandangkan penguatkuasaan pendidikan (Educational Enforcement) telah dilaksanakan selama sebulan bermula 1 Oktober 2024 bagi membolehkan premis mengambil langkah pembetulan.

Beliau turut menegaskan bahawa kedua-dua kesalahan tersebut dikategorikan sebagai kesalahan yang tidak boleh dikompaun.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM30,000 bagi setiap pertuduhan.

-TAMAT-

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU