ARTIKEL

Gambar hiasan

Jual Telefon Adik Untuk Beli Dadah, Lelaki Dipenjara 24 Bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penagih dadah dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana menjual telefon adiknya untuk membeli dadah.

Tertuduh berusia 39 tahun tersebut mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana melupuskan harta curi sebuah telefon pintar jenama iPhone milik adik perempuannya berusia 34 tahun.

Dia melakukan kesalahan tersebut sekitar 9 malam, 19 Mei lepas.

Manakala, pertuduhan kedua dia didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) Akta yang sama, kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Dia melakukan kesalahan itu apabila didapati positif dadah semasa di tahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching, sekitar 2.30 petang, 18 Oktober 2021.

Leona menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi setiap pertuduhan yang dikenakan.

Menurut fakta kes, pada 19 Mei lalu, pengadu mendapati telefon pintar miliknya yang disimpan di dalam almari hilang.

Laporan polis dibuat oleh pengadu seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 5 Jun lepas di kediamannya.

Hasil siasatan mendedahkan bahawa tertuduh mengaku mencuri telefon tersebut dan menyuruh rakannya menjual kepada sebuah syarikat telekomunikasi dengan harga RM450.

Dia juga mengaku menjual telefon adiknya dengan tujuan untuk membeli dadah.

Tertuduh juga didapati positif dadah semasa pemeriksaan awal urin dilakukan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Ahmad Fauzulutfi Suriani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU